Monday, September 11, 2006

GPMS Nafi Laporan Kaitkan Pihaknya Berkempen Di Kubang Pasu

Kuala Lumpur -- Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) kecewa dan menafikan laporan di laman web alternatif yang mengaitkan GPMS dalam kempen pemilihan perwakilan untuk UMNO Bahagian Kubang Pasu yang akan berlangsung Sabtu ini.

Dalam satu kenyataan ringkas kepada laman webPemuda, Setiausaha Agungnya, Mohd Nardin Awang menafikan GPMS telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam UMNO untuk berkempen dari rumah ke rumah bagi memastikan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak terpilih sebagai perwakilan untuk ke Perhimpunan Agung UMNO, November ini.

Sehubungan dengan itu jelas beliau tidak timbul isu GPMS menghantar ahli-ahlinya untuk turut serta dalam kempen 'anti-Mahathir' sebagaimana yang di laporkan dalam laman web tersebut.

"Agenda perjuangan GPMS berlandaskan kepada pendidikan. Justeru GPMS akan menumpukan kepada asas perjuangan GPMS dalam memperjuangkan dan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan", katanya.

3 comments:

A Voice said...

It is perhaps cooincidence that all those delegates had University students at their home doing so-called social programs but did nothing more try to influence the voters throught the week to reject Tun?

Its fasting month Melayu Menjerit, you can do better than try to lie!

Budak Melayu said...

well no. 1, it wasn't fasting month when I posted this. No. 2, it was quoted from a well known website. No. 3, this is old news, let's talk about something current.

A Voice said...

Good answer :-)

Thank you.