Don't just complaint, start doing some work or just shut your yap about the quality of Malays in education. I look forward to suggestions.
Melayu jangan jadi gajah sarkas
JOHOR BAHRU 2 Mei - Orang Melayu diingatkan supaya tidak menjadi seperti gajah sarkas yang hanya mengikut telunjuk jurulatih hingga hilang kekuatan yang ada pada dirinya.
Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Tan Sri Muhammad Ali Hashim berkata, apabila orang Melayu menjadi gajah sarkas ia akan hilang kekuatan kerana mindanya dijajah walaupun pun badannya gagah sehingga ia terlupa kekuatan yang ada kerana telah biasa diberi makan tanpa bersusah payah mencari makanan sendiri.
"Kalau kita menonton pertunjukan sarkas, gajah itu jika disuruh berlakon, maka ia akan berlakon. Apa juga persembahan yang diarahkan, gajah berkenaan akan mempersembahkan seperti yang dilatih, walaupun kakinya dirantai dengan rantai yang kecil, tetapi dia tidak tahu kekuatannya," katanya.
Muhammad Ali yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp.) berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Kedaulatan Ekonomi Melayu.
No comments:
Post a Comment