Friday, August 25, 2006

Anwar Simpan Fail Rafidah???





Bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa beliau ada menyimpan kertas pendakwaan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Dungun, Terengganu diatas jemputan PAS tidak lama dulu.

Menurut Anwar, beliau berjaya mengambil kertas pendakwaan tersebut dipejabatnya sebelum beliau dipecat dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Menurut Anwar lagi, sebelum itu beliau pernah menyerahkan fail tentang Rafidah itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun) untuk diambil tindakan terhadapnya.

Sementara itu, difahamkan punca-punca yang boleh dipercayai bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah meminta Rafidah meletakkan jawatan, tetapi beliaau dikatakan enggan berbuat begitu. Dan adakah is mempunyai kaitan dengan pengagihan AP yang bertimbun-timbun kepada dua individu tertentu?

Dalam pada itu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini ada menyebut bahawa sebelum beliau mengundur diri, beliau telah diminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi agar mengambil tindakan terhadap seorang pemimpin tertentu setelah siasatan dijalankan ke atasnya tetapi menurut Tun Dr. Mahathir, Pak Lah tidak mengambil tindakan apa-apa terhadap pemimpin berkenaan. Mungkinkah pemimpin yang didakwa itu adalah Rafidah atau ada seorang lagi?

Sebenarnya, banyak lagi perkara yang membabitkan Rafidah yang tersiar dalam internet dan sesungguhnya menurut ramai pemimpin, Rafidah sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia sudah tidak layak lagi memegang jawatan itu kerana nama beliau sudah tercemar.

So persoalannya ialah, kenapa DSAI simpan fail Rafidah? Untuk sabotaj atau minta favor?

No comments: