Thursday, August 03, 2006

Of bull and whiners - PAS


Hmmmmmm, now this is really something. Fabrication of crap on the net. Harakahdaily needs consulting on spin doctoring. PAS/Keadilan bitching about double standard of police towards them. They don't realize that this is an OIC meeting, not some Mesyuarat Bahagian. Security is of paramount importance! Read on.

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) - Peserta Himpunan Wanita PAS dan KeADILan kesal dengan sikap biadap dan tindakan polis yang menggunakan kekerasan menghalang peserta perhimpunan mara ke kawasan hotel JW Marriot di sini bagi menyerahkan memorandum membantah kezaliman rejim Zionis.


1. You gotta be early to these kind of functions, especially when you have high security risk VIPs attending, i.e. President of Iran. You can't just waltz in at your leisure. PAS is saying that Police did not grant them access to the hotel. Heck, even Dato' Rahman, Setiausaha Pemuda, could not get his car into the compound. Had to walk a bit to get to the hotel. 80% of Pemuda were outside the barracade. So what's PAS bitching about?

2. Wanita KeADILAN and kids were there? Don't know whether it's true, but I didnt see no women nor kids. Even if they were there, why do you torment kids and bring them to political rallies?? Don't they have schools to go to or other kids to play with???

3. They're upset that Pak Lah sent his Press Secretary to receive memorandum instead of OIC secretary. Bak kata orang Melayu, 'dah bagus orang hantar, banyak pulak songel'.

Here's the article from Harakahdaily.

Wanita KeADILan, PAS kesal Pengerusi OIC tidak hantar wakil terima memorandum
Thu | Aug 03, 06 | 05:54:41 PM

Oleh Saidatul Amani

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Hrkh) - Peserta Himpunan Wanita PAS dan KeADILan kesal dengan sikap biadap dan tindakan polis yang menggunakan kekerasan menghalang peserta perhimpunan mara ke kawasan hotel JW Marriot di sini bagi menyerahkan memorandum membantah kezaliman rejim Zionis.

Walaupun peserta perhimpunan aman itu tidak melebihi 100 orang yang terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, pihak polis menggunakan kekerasan termasuk menggunakan dua ekor anjing dan dua trak pasukan simpanan polis (FRU).

Perhimpunan diadakan lebih kurang 100 meter dari hotel JW Marriot bermula jam 12 tengah hari. Pemimpin Muslimat PAS, Aiman Athirah Al-Jundi melaungkan takbir 'Allahu Akbar!, Hidup! Hidup Islam, jahanam! jahanam Yahudi, hancur Yahudi, hidup Hamas, hidup Hizubullah, 'we want peace', diikuti orang ramai.

Suasana perhimpunan digamatkan lagi apabila peserta bergerak menuju ke hotel JW Marriot, tetapi dihalang oleh pasukan polis. Aiman meminta kebenaran daripada pihak polis untuk meneruskan perjalanan tetapi seorang pegawai polis yang memakai tanda nama, Rizami menghalang dan berkata; "Saya kata tidak boleh kebelakang..."(nada menjerit serta menengking).

Athirah meneruskan laungan, "jahanam Yahudi! hidup Islam!" Serentak itu dua ekor anjing dikejarkan di hadapan peserta perhimpunan, lebih kurang tujuh meter jaraknya.

Pegawai polis lain turut memberi amaran antaranya, Rahim berkata; "Saya nak tanya satu, saya nak cakap atau anjing bercakap'." Kedengaran suara peserta menjawab; "Berkuasa sangat ke..." Rahim menjawab; "Ya, saya berkuasa saya PDRM, nak jaga perempuan, ini semua perempuan. Perempuan tak reti bahasa, pergi ke belakang. Nak saya guna bahasa binatang."

Serentak dengan ugutan dan jeritan pegawai polis, kanak-kanak yang ada di situ terus menangis ketakutan dengan nyalakan anjing.

Walaupun peserta perhimpunan itu digertak dan diugut dengan nyalakan dua anjing tetapi sedikit pun tidak mematahkan semangat juang mereka yang berada di bawah pancaran matahari.

Pihak polis hanya membenarkan lima orang wakil ketua wanita NGO pergi ke hotel JW Marriot untuk menyerahkan memorandum iaitu, AJK Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mohd Salleh; Ketua Muslimat PAS Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan; Fauziah Salleh; wakil pelajar, Anfal Sahri dan Nurul Iman.

Bagaimanapun, memorandum itu tidak diserahkan kepada Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kerana Pengerusi OIC tidak turun berjumpa dengan degelasi itu, sebaliknya hanya menghantar wakilnya iaitu, Setiausaha akhbar PM, Azhar Othman.

Penggerak utama Himpunan Wanita dan Kanak-kanak, Ustazah Nuridah kesal dengan pihak berkuasa polis yang menggunakan ugutan menggunakan dua anjing untuk menghalang himpunan wanita itu bergerak ke hotel JW Marriot.

Beliau kesal kerana pihak polis sentiasa menggunakan kekasaran dan kekerasan ketika berhadapan dengan rakyat.

"Suatu yang amat menyedihkan, pihak polis kata kita menggunakan kanak-kanak, sebenarnya kita mahu menunjukkan kepada OIC kanak-kanak seperti inilah yang menjadi mangsa keganasan rejim Israel di Palestin dan Lubnan," katanya.

Beliau ditemui selepas menunggu lebih 20 minit kehadiran Pengerusi OIC, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di hadapan hotel JW Marriot untuk menyerahkan memorandum mendesak OIC perlu mengambil tindakan segera.

Nuridah yang juga Ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan kesal kerana pihak polis melayan mereka dengan kasar, dijemput ke dalam pun tidak, hanya berdiri di luar dan pihak polis beberapa kali mengarahkan mereka bergerak keluar dan menghalang menghampiri kawasan pintu masuk hotel.

"Sebenarnya kami memang marah dan kami beritahu kepada polis tadi, kami datang dengan jiwa dan perasaan bukan datang saja-saja, malangnya inilah yang kami dapat daripada kerajaan Malaysia," keluhnya.

Tambah beliau, jika Pengerusi OIC memberi alasan semua ahli Jawatankuasa OIC sibuk; "Kami berdoa mudah-mudahan alasan yang diberi itu benar semoga OIC dapat buat sesuatu keputusan yang drastik untuk menyelamatkan umat Islam di sana."

Katanya, "jika pendirian OIC setakat O...I...See...kami akan buat lagi perhimpunan aman, insya-Allah."

Sementara itu, Ketua Wanita KeADILan, Fauziah Salleh kesal dengan alasan Abdullah yang hanya menghantar setiausaha akhbarnya, Azhar Othman untuk menerima memorandum kepada OIC.

Menurutnya, ramai wakil OIC yang hadir, takkan seorang wakil tidak boleh dihantar untuk menerima memorandum, kenapa Pengerusi OIC hantar setiausaha akhbar PM.

"Abdullah tak faham ke perbezaan antara setiausaha akhbar PM dengan setiausaha OIC. Tindakan Pengerusi OIC yang gagal menghantar salah seorang wakilnya menunjukkan kegagalan dan kelemahan beliau sebagai pemimpin," tegasnya.

Tambah beliau, jika begitu lemah menjadi Pengerusi OIC tidak boleh mengarahkan seorang ahli jawatankuasanya untuk menerima memorandum bagaimana beliau mahu mendesak Israel dan AS menghentikan peperangan di Lubnan dan Palestin.

"Saya tidak yakin dan nampak OIC akan mampu melakukannya ditambah pula dengan Pengerusinya yang hanya menghantar setiausaha akhbarnya untuk menerima memorandum," katanya.

No comments: