
Cara merompak keenam:
Bagaimana RHB dibenarkan membeli Sime Bank? Ini semua kehendak Anwar Ibrahim kerana tamak. MRCB ada 27% dalam RHB. Apabile RHB tidak boleh buat placement untuk pembeliannya, Anwar telah arahkan Tong, Phileo Allied untuk mengambil placement ini dengan 'aku janji' oleh Anwar bahawa placement ini akan dibeli oleh agensi kerajaan seperti EPF dan lain-lain sedikit masa lagi. Mana Phileo Allied ada duit, tetapi Bank Negara telah menjamin dan Bank Negara juga jamin jika RHB tidak dapat kutip hutang lapok Sime Bank, Bank Negara akan bayar. Ini kerja Mat Dom dan Murad yang korup. Dulu Murad telah tipu Bank Negara untuk mengambil alih CCB sekarang Phileo Allied. Cuba suruh BPR geledah Bank Negara bagaimana transaksi CCB. Murad boleh masuk penjara tetapi BPR pun takut dan dengar cakap Anwar Ibrahim. Phileo Allied ini pon kepunyaan Murad dan Anwar. Sheeda, istera Azmin yang menjaga hak Anwar disini. Dengan gelagat ini, bagaimana ekonomi negara hendak pulih?
Cara merompak ketujuh:
Anwar memastikan kesemua projek-projek pembinaan yang cara negosiasi diberi kepada Johawaki. Siapa punya Johawaki? Depan YB Mahud, Johawaki mempunyai projek lebih dari RM2 billion dan Anwar Ibrahim ada saham melalui bekas setiausaha politiknya YB Solomon yang pergi mengutip wang dari Johawaki. Anwar juga pastikan pengswastaan dari EPU diberi kepada syarikat-syarikat yang dia puya kepentingan sehingga teksi KLIA yang Latif Mirasa dapat pun dia ada saham. Ini Latif Mirasa sendiri yang memberitahu umum bahawa dia sendiri kumpul wang dari rasuah dan peras ugut untuk politik Anwar dan dia sudah ada RM250 juta. Latif dengan bangga memberitahu orang-orang UMNO macam mana kabinet telah luluskan teksi Mercedeznya tanpa cukai. Ini kerja Anwar...Mahathir boleh buat apa?
Anwar Ibrahim hanya bertopengkan Islam. Apa yang dia lakukan masakini tidak langsung memikirkan umat Muhamad dan makhluk Allah. Dia hanya hendak mencapai matlamatnya untuk menjadi kepada negara dan memuaskan nafsunya. Tunggu dan lihat bagaimana Tan Sri Rashid Hussein RHB akan dia musnahkan apabila MRCB dan Phileo Allied menjadi pemegang saham utama RHB.
Bila ekonomi negara tidak pulih mengikut rancangannya, Mahathir pula akan dikorbankan. Sekarang ini, Anwar Ibrahim seperti musang yang sedang menjaga kandang ayam. Bila musang makan ayam, bulu dan tulang pun kita tidak dapat cari dalam reban.