Sunday, July 30, 2006

PRETENDER #1 - ANWAR IBRAHIM Part 2


So apparently a friend of mine, a Malaysian Immigration Officer in London, mentioned that he met DSAI a few months ago. He said that DSAI looked really fit and healthy. Doesn't look like someone who just recovered from surgery (so what was he doing in Germany again after his release??)

ANWAR MEROMPAK UNTUK KEKAYAAN: PART 2

CARA MEROMPAK KEDUA

Bangunan baru Telekom yang berharga RM600 juta, kontrak diveri kepada PROJAS. Siapa punya PROJAS? Kamaruddin Jaafar. Inilah salah satu sebab lagi kenapa Tan Sri Rasdan diberhentikan kerana Anwar tahu kalau pengacau rancangannya ada maka barangkali PROJAS yang langsung tidak terkenal dalam pembangunan bangunan tinggi pasti tidak dapat kontrak yang lumayan ini. Yang sedihnya, PROJAS dan Kamaruddin Jaafar hanya makan komisyen sahaja. Kerja kontrak sebenar bukan mereka buat. Kamaruddin Jaajar dapat 30% keuntungan. Untuk Anwar Ibrahim, lebih kurang RM180 juta upfront.

CARA MEROMPAK KETIGA

Tanah KTM di Brickfields depan Museum Negara yang dikenali sekarang sebagai KL Sentral telah diswastakan kepada MRCB. Harga pembelian tanah swasta KTM ini oleh MRCB hanya RM20 satu kaki persegi. Lepas itu MRCB membuat banyak blok di atas tanah dan telah mula menjual blok-blok kepada syarikat dari Singapura, Jepun, Eropah dengan harga RM1,000 satu kaki persegi. Berapa billion MRCB untung?? KTM bodoh ke?? Apa boleh buat, kata budak2 KTM, Anwar TPM dan Menteri Kewangan. Siapa berani soal? Anwar yang punya MRCB.

CARA MEROMPAK KEEMPAT

TNB telah memberi kontrak power transmission kepada MRCB berjumlah RM500 juta atas arahan Anwar Ibrahim. Pada hal, Ruslan Ali Omar yang mencadangkan projek ini kepada Anwar. Anwar telah ambil kertas kerjanya dan beri kepada MRCB. Roslan sokong Syed Hamid, bukan orang Anwar.

CARA MEROMPAK KELIMA

Apabila Sikap Power tidak boleh berjalan selepas diberi hak pengswastaan power plant kepada Zainal Osman, Astaman anak Tan Sri Aishah Ghani, Kassim Mahmud, bekas Ketua Bahagian Larut, orang kuat Anwar. Anwar telah arahkan MRCB untuk mengambil alih dengan memberi keuntungan kepada Zainal, Astaman dan Kassim, RM50 juta seorang. Hanya dengan jual lesen dengan ‘aku janji’, maka akhirnya Anwar kemudian arahkan MRCB jual Sikap Power yang mempunyai modal berbayar RM1 juta kepada Malakof dengan keuntungan RM400 juta. Lepas itu membernarkan Malakof mejual 15% kepada syarikat British dengan keuntungan RM250 juta pula dua minggu selepas itu. Dalam kegawatan ekonomi ini pun, kurang dari 2 bulan Anwar untung RM650 juta. SC luluskan transaksi ini seperti kilat kerana Munir burung terkokok Anwar Ibrahim. Kalau syarikat public listed lain pasti banyak soalnya. Apa boleh buat, budak2 SC kata ini TPM dan Menteri Kewangan punya kehendak dan MRCB Anwar punya.

No comments: