Thursday, July 27, 2006

FAKTA KES LINA JOY

1. Selepas berkahwin dengan seorang India Kristian, beliau memohon untuk pendaftaran perkahwinan, tetapi tidak dibenarkan sebab di dalam Kad Pengenalan masih tertulis beragama Islam walaupun beliau berjaya menukar nama dalam kepada Lina Joy.

2. Berusaha untuk menghilangkan perkataan agama Islam tersebut dengan permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2000.

3. Permohonan ditolak oleh JPN disebabkan tiada perakuan dari Mahkamah Syariah yang menyatakan beliau keluar dari Islam.

4. Mahkamah Syariah menggunakan pakai undang2 Islam yang tidak membenarkan seseorang Muslim keluar dari Islam (Murtad), dan "Sijil Tukar Agama" seperti yang dikehendaki oleh JPN tidak dikeluarkan.

5. Permohonan bermula di Mahkamah Tinggi tahun 2000, seterusnya ke Mahkamah Rayuan pada September 2005, dan keduanya mengiktiraf bahawa kes ini adalah dalam kuasa Mahkamah Syariah untuk membenarkan beliau keluar dari Islam dan membolehkan JPN menukar perkataan Islam di dalam KP.

6. Setelah semuanya tidak berjaya, peguambela, Dato' Dr Cyrus Das, juga bekas Presiden Majlis Peguam, berjaya mendapat kebenaran untuk kes dibawa kepada Mahkamah Persekutuan.

7. Kes didengar oleh 3 Hakim (2 Muslim & 1 Non-Muslim: Ketua Hakim Tun Fairuz, Dato' Alauddin & Dato' Richard) pada dasarnya berpendirian yang sama menyokong tindakan kedua mahkamah terdahulu HINGGALAH Majlis Peguam yang diketuai oleh Peguam Malik Imtiaz Sarwar dan beberapa yang lain, yang hanya menjadi barisan peguam pemerhati beserta banyak lagi NGO yang menyokong Lina Joy meminta untuk memberi hujah & bersuara, dan DIBENARKAN oleh mahkamah yang terlibat.

8. Itu adalah permulaan isu ini dibesarkan yang mana tidak pernah dalam sejarah perundangan negara peguam pemerhati dibenarkan berhujah di mahkamah.

9. Hujah yg dibawa oleh barisan peguam pemerhati yang diketuai oleh Majlis Peguam tersebut melarikan isu sebenar kes berkenaan daripada penghujahan hak & kuasa Mahkamah Syariah TETAPI membawa hujah bahawa Lina Joy berhak untuk mempraktikkan kepercayaannya, agama barunya & dilindungi oleh perlembagaan sebagai hak individu seperti yang terkandung dalam Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan.

10. Isu Mahkamah Syariah seperti yang diputuskan oleh mahkamah terdahulu sudah tidak releven lagi pada hujah Majlis Peguam, dan isu yang kebebasan mutlak individu yang diperjuangkan oleh Kumpulan Artikel 11 & IFC dijadikan isu utama kes ini di Mahkamah Persekutuan.

11. Isu yang diperjuangkan oleh kesebelas NGO non-Muslim atas nama kumpulan Artikel 11 & Inter-Faith Commission (IFC) adalah untuk mendefinisikan perkataan "person" (individu) yang terkandung di dalam artikel 11 tersebut untuk merujuk kepada individu per se (secara peribadi), bukan lagi kumpulan atau agama secara umumnya.

12. Ini adalah kali pertama dalam sejarah Malaysia attempt yang sebegitu berani & bersikap kurang ajar yang dilakukan untuk menghuraikan definisi tersebut untuk menguraikan ikatan Islam mengikut kefahaman peribadi seseorang penganut itu sendiri, dan menafikan hak Islam sebagai agam untuk mewajibkan umatnya mempraktikkan amalam & syariat Islam seperti yang terkandung dalam undang2 Islam.

NEXT POSTING: IMPLIKASI DARI DEFINISI "INDIVIDU"

No comments: