Friday, July 28, 2006

Round 2: Pemuda UMNO vs Rice



Ok, maybe it’s too absurd to have the US Secretary of State meet our Pemuda Leadership. KJ really used strong words against Rice, telling her that her visit is not welcomed by the Malaysian community and that the terrorism by Israel and support of US are equivalent that of Osama Laden. As much as you don’t like this guy or as much as you want to believe the gossips you hear about him, he’s quite charismatic in moving the crowd today. Times like this, especially when people say Pemuda “sudah hilang taring”, it’s refreshing to see an injection of energy. All Rice could say was that the US is also concerned about the situation in the Middle East and that they are pursuing the best course of action. 10 points for bullshit!

Kuala Lumpur -- Hujan lebat yang turun jelas tidak menghalang kira-kira 10,000 terus menunjuk perasaan anti Israel dan dasar Amerika Syarikat di hadapan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) selepas solat Jumaat petang tadi.

Dengan laungan “Jahanam Israel” “Hancur Amerika” “Jahanam George Bush” “Selamatkan Palestin dan Lubnan” penunjuk perasaan yang berkumpul di perkarangan Masjid As-Syakirin berarak dan berkumpul di hadapan KLCC.

Perarakan dan tunjuk perasaan itu yang diketuai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin dan beberapa pemimpin Pemuda UMNO dan BN yang lain terus bersemangat biarpun dalam keadaan hujan yang mula turun.

Pelbagai sepanduk dan kain rentang dipaparkan antaranya, “Stop Israel”, “Selamatkan Palestin” “Save Lubnan” “Laknat Amerika”, “Rejim Israel Zalim” “Hentikan Israel” dan pelbagai sepanduk lain memenuhi ruang perhimpunan.

Kemuncak perarakan tersebut, gambar-gambar Presiden Amerika Syarikat George Bush, Perdana Menteri British, Tony Blair, dan Rice dibakar oleh penunjuk perasaan.

Beberapa Pemimpin Pemuda UMNO dan BN yang berucap di hadapan ribuan penunjuk perasaan sepakat mengutuk kekejaman Israel dan tindakan berdiam diri AS dalam konflik di Lubnan dan Palestin.

Perkarangan venue KLCC bergema dengan laungan “Allahuakbar” yang penuh bersemangat dan “Jahanam Israel dan Jahanam Amerika” oleh ribuan penunjuk

perasaan yang dikawal ketat oleh pasukan keselamatan.

Turut kelihatan unit simpanan persekutuan serta disokong oleh unit udara, penembak tepat dan unit anjing pengesan, berada dalam kawalan.

Perhimpunan tersebut berakhir kira-kira jam 4.30 petang setelah Khairy Jamaluddin berjaya menyerahkan nota bantahan kepada Setiausaha Amerika Syarikat, Condoleezza Rice.

No comments: