Wednesday, July 26, 2006

Our un'joy'ness about Lina Joy

ISLAM DIHINA, UMMAT ISLAM DICABAR!

Golongan Kuffar sudah berani mengajak anak2 kita meninggalkan aqidah Islam yang mereka pegang. Fakta yang terkandung dalam tulisan ini diringkaskan berdasarkan pelbagai kajian kes Murtad di Malaysia serta kupasan kes Saudari Azlina Jailana (Lina Joy) lawan MAIS, Kerajaan Malaysia & JPN, yg dibincangkan di hadapan peguam2 Islam Malaysia & organisasi bukan kerajaan (NGO) yg hadir pada taklimat isu murtad pada 12 Julai 2006 di Bilik Mesyuarat Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, serta berdasarkan beberapa siri taklimat kepada masyarakat & NGO Islam tentang Isu Murtad di Malaysia.

LATAR BELAKANG

Bangsa Melayu khususnya di Malaysia adalah satu2nya bangsa di dunia yang menggunakan pakai definisi yg jelas di dalam perlembagaan Negara untuk mentakrifkan definisi perkataaan Melayu serta skop yg merangkuminya.

Istilah Melayu ditakrifkan dengan jelas dalam Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan sebagai seorang yang penganut agama Islam, berketurunan Melayu dan mengamalkan dan bercakap Bahasa Melayu mengikut definisi perlembagaan sama sekali tidak boleh dipisahkan.

Oleh itu, Melayu dan bangsa lain yang menganut agama Islam di Malaysia adalah tertakluk sepenuhnya di bawah syariat Islam & perundangan Mahkamah Syariah di Malaysia.

SAUDARI AZLINA JAILANI @ LINA JOY

Nama asal: Azlina Jailani, pernah memohon pada tahun 1997 untuk ditukar kepada Azlina Lelani tetapi ditolak sebab beralasan telah tukar agama Kristian.

Permohonan kedua untuk tukar kepada Lina Joy pada 1999 tanpa menyatakan sebab pertukaran kepada agama Kristian telah diluluskan, dengan Kad Pengenalan tertera perkataan Agama Islam.

Ayah bernama Jailani bin Shariff dan ibu bernama Kalthum binti Omar, keduanya beragama Islam dan mengamalkan hidup sebagai Muslim.

Berwajah ‘typical’ Melayu, berbangsa Melayu keturunan Jawa, berumur 42 tahun.

Mengisytiharkan tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990, mempunyai sijil Baptis dari Gereja yg dikeluarkan pada 1998, dan pada tahun 2000 menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan seorang India Kristian dan meminta untuk didaftarkan perkahwinan tersebut untuk mengesahkan perkahwinan beliau.

Telah beberapa kali dipanggil dan dinasihat untuk bertaubat & masuk Islam semula oleh MAIS, tetapi beliau mempertahankan dengan alasan pilihan keluar dari Islam adalah kehendak sendiri dan telah dimaklumkan pada kedua ibu bapanya.

POSTING SETERUS NYA: FAKTA KES!!


No comments: